UMNO terpaksa ambil tanggungjawab untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menyelamatkan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).<br /><br />Namun jelas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, parti itu tidak membelakangkan perjuangan asas parti itu.<br /><br />Sebaliknya memenuhi keperluan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Perikatan Nasional (PN) enggan berbuat demikian.